Isnin, 23 Mei 2016

SMK To` Kerma Setia @ SMK Sungkai....Alma Mater For All....

SMK Sungkai antara sekolah tertua di Daerah Batang Padang. Ada bebeberapa sumber yang menyatakan bahawa nama asalnya Sekolah Menengah Sungkai yang asal ialah SMK To` Kerma Setia sempena nama orang yang berpengaruh di Sungkai…. Penulis cuba mencari siapa To` Kerma Setia. Hanya ada satu nama To` Kerma Setia yang boleh dikaitkan dengan sejarah Sungkai. Dipercayai Salah silahnya bermula daripada panglima enggang@ngang. Panglima enggang@ngang ada dua anak iaitu Itam Telunjuk dan Tok Sungai Rumput (yang tinggal di kawasan berhampiran gunung besout ).

Tok Sungai Rumput pula mempunyai dua orang anak iaitu Tok Sulaiman (orang yang membuka Kg. Changkat Sulaiman ) dan Tok Karim @ Tok Karma. Daripada Tok Karim @ Tok Kurma inilah nama sekolah menengah tersebut dinamakan dengan nama SMK To` Kerma Setia. Namun tidak ada bukti bertulis yang mengesahkan perkara tersebut.. Sekiranya pembaca pembaca yang mempunyai bukti bertulis atau apa-apa sumber bukti yang lain tentang perkara ini..hubungilah pihak admin Sungkai My Home Town untuk perkongsian kita bersama....Mungkin juga ada To` Kerma setia yang lain...

Sejarah awal dan gagasan penubuhan Sekolah Menengah Sungkai bermula pada tahun 1965. Pada ketika itu belum wujud nama SMK Sungkai. Sejarahnya berakar umbi daripada Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani Bidor. Sekolah Menengah Rendah Bidor ditubuhkan sebagai cawangan kepada SMK Syeikh Abdul Ghani yang menumpang di bangunan SRJK Choong Hua Bidor dan bangunan Sekolah Kebangsaan Bidor dengan kapasiti pelajarnya seramai 211 orang. Pada tahun 1967 barulah Sekolah Menengah Sungkai ditibuhkan. Namun disebabkan masih belum mempunyai bangunan sendiri maka sekolah ini menumpang di SRJK ( C ) Khai Meng, Sungkai.

Terdapat 2 pendidikan aliran iaitu aliran melayu dan aliran Inggeris..Aliran melayu mempunyai 4 kelas iaitu 2 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2. Penyelia cawangan sekolah ini ialah Encik Chan Siak Chee dan tenaga pengajarnya terdiri daripada 21 orang guru. Encik Sathanandan menjadi guru besar sekolah ini pada tahun 1969. Pada masa yang sama sekolah induk di Bidor telah mendapat bangunan baru. Keseluruhan pelajarnya termasuk pelajar yang berada di Sungkai berjumlah 1104 orang dan mempunyai jumlah kelasnya juga meningkat kepada 30 buah kelas. Oleh kerana bilangan pelajar telah bertambah, maka pada tahun itu juga cawangan di Sungkai dipisahkan dari sekolah induk di Bidor. Sekolah baru ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sungkai yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai.

Pada tahun 1970, Sekolah Menengah Sungkai mempunyai bangunan sendiri iaitu di tapak yang ada sekarang. Encik Chan Siak Chee dilantik sebagai guru besar yang pertama. . Ketika itu, kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai terdiri daripada 23 orang tenaga pelajar, seorang pelayan dan seorang amah.

Dengan pembukaan pertambahan kawasan kawasan Felda di sekitar kawasan Sungkai menyebabkan jumlah pelajarnya semakin meningkat. Pada tahun 1974 sesi petang terpaksa diadakan di Sekolah Menengah Sungkai iaitu bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2. Kelas peralihan dan tingkatan 3 diadakan pada sesi pagi. Sekolah ini mempunyai 20 buah bilik darjah, dua buah makmal sains, dua buah bilik SRT, sebuah perpustakaan, satu blok bangunan Seri Perusahaan dan sebuah kantin. Buat pertama kalinya Temasya Olahraga diadakan pada tahun 1971 manakala Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama diadakan pada tahun 1979.

Pada tahun 1975 tingkatan 4 aliran Sastera di Sekolah Menengah Sungkai dimulakan dan pada tahun 1976 pelajar sekolah ini mula menduduki peperiksaan SPM. Pada tahun 1980, Encik Junus bin Wahid AMN.PPT (Mantan ADUN SLIM RIVER dan EXCO NEGERI PERAK) dilantik menjadi Pengetua sekolah ini. Beberapa buah bangunan baru lagi dibina bagi menampung keperluan pelajar yang semakin ramai di SMK Sungkai. Bangunan ini mengandungi dua buah makmal Sains dan lima buah bilik darjah. Pada tahun 1981, sebuah bangunan surau didirikan. Pada tahun itu juga majalah sekolah iaitu SUARA SETIA pertama kali menjadi tatapan warganya. pada tahun 1982 Tingkatan 4 aliran Sains pula ditubuhkan.

Encik Nordin bin Haji Arshad telah di lantik menjadi Pengetua sekolah ini pada tahun 1984. Pada tahun yang sama juga bangunan Blok E disiapkan dan bilik gerakan sekolah diwujudkan.. Mulai tahun 1984, Bilik Gerakan Sekolah diwujudkan. Tingkatan 6 pula diwujudkan pada tahun 1989. Sejajar dengan perkembangan teknologi ICT sebuah bangunan Makmal Komputer dibina dan mula beroperasi pada tahun 2002 dengan menempatkan 40 unit untuk pelajar, dua unit untuk guru dan seunit untuk server.

Terkini Sekolah Menengah Sungkai juga mempunyai dua blok bangunan asramanya yang tersendiri. Terdapat juga bangunan tambahan yang dibina yang menempatkan bangunan pentadbiran, blik guru dan kelas. Dengan peruntukan penambah baikan SMK Sungkai juga telah diperbaiki dan di cat semula. Buat pertama kalinya pada 11 April 2015 bertempat di Dewan Seri Sungkai (Dewan baru di Sungkai) telah diadakan Majlis Makan Malam Notalgia SMK Sungkai yang dianjurkan oleh Pihak sekolah dan pihak PIBG. Majlis ini bertujuan menambah tabung PIBG dan juga bertujuan menautkan kembali hubungan Alumni Sungkai yang telah terpisah berpuluh tahun.

Majis ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila semua tiket jualan meja habis dijual. Kehadiran Alumni SMK Sungkai daripada seluruh pelusuk negara menjadikan pertemuan tersebut sesuatu yang amat bermakna ke arah memacu kemajuan SMK Sungkai untuk masa hadapan….Sekolah Menengah Sungkai AlmaMater For All…..

JAMBATAN SUNGKAI KE SUNGAI KLAH

Anak jati Sungkai dan Felda Sg. Klah pasti mengetahui betapa signifikannya jambatan ini dengan kehidupan seharian mereka. Jambatan ini merupakan penghubung bagi penduduk Kampong Perlok Lama dan Felda Sg. Klah. Ia merintangi Sungai Sungkai daripada Perolok lama di sebelah Sungkai dan Kg. Chegar Machang di seberangnya dan jalannya terus menuju ke Felda Sg. Klah. Kalau anda biasa melayari Google Earth nama Kg. Chegar Machang tercatat di dalamnya sebagai penanda sempadan.

Orang Sungkai yang hendak ke Muara Tesong atau ke Sg. Klah Hot Spring biasanya akan menggunakan jambatan ini. Aku memang suka menggunakan jalan ni memandangkan terasa sungguh suasana kampongnya. Nyaman, sejuk dan di latari air sungai Sungkai menjadikan perjalanan tidak menjemukan dan sejuk mata memandang

Jambatan ni pernah runtuh semasa banjir besar pada 27 November 2000. Kabel bervoltan tinggi yang dipasang pada jambatan tersebut turut terputus, menyebabkan bekalan elektrik ke rumah pam air di Felda Sungai Klah yang membekalkan air untuk penduduk Sungkai, terputus.

Jambatan ini hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta dalam satu-satu masa. Apa pun jambatan ini ibarat nadi kehidupan yang menghubungkan dua komuniti setempat yang berkongsi kekayaan alam yang tidak ternilai harganya.Mungkin juga boleh di sebut sebagai jambatan penghubung sliaturrahim.

Tanpanya sudah pasti menjejaskan kegiatan ekonomi seharian masyarakat setempat. Betapa besarnya menfaat jambatan kecil ini kepada penduduk setempat. Harapan aku semoga pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk membina jambatan yang lebih besar memandangkan betapa pentingnya dan nostalgiknya jambatan ini kepada komuniti Sungkai.

Menurut salah seorang anak jati Kg Perlok Lama..pada .tahun 90-an sebelum jambatan yang ada pada hari ini jambatannya adalah jambatan gantung ,. Kawasan ini juga merupakan antara lokasi tempat perkelahan yang terkenal di Sungkai. Setiap hujung minggu ia menjadi tempat tumpuan penduduk setempat.

Ada yang datang membawa bekal bersama keluarga. Ada yang sekadar ingin bermandi manda dan mungkin juga ada yang ke sini disini untuk menacri jodoh dan akhirnya termeterailah ikatan janji antara teruna dan dara. Menurutnya lagi ada ramai orang yang berniaga di sekitar jambatan tersebut. Airnya yang dalam dan sesuai dijadikan tempat mandi manda. Tetapi kini dengan aktiviti pembalakan dihulu sungai sungkai menjadikan airnya semakin cetek. Aku dapat membayangkan betapa meriahnya kawasan ini satu masa dahulu. Mungkin boleh diusahakan untuk dibangunkan semula kawasan tersebut sebagai tempat perkelahan dan antara kawasan tarikan baru di Sungkai. Berdasarkan sejarh memang kawasan ini pernah menjadi tumpuan ramai satu ketika dahulu.

Menurut seorang lagi anak jati Kg. Perlok Lama sebelum adanya jambatan gantung penduduk Perlok Lama yang hendak ke seberang ke Kg Chegar Machang dank ke Felda Sg. Klah terpaksalah meranduk air sungai. Antara tujuannya meranduk air Sungai ialah untuk menaiki bas daripada Felda Sg. Klah ke pekan Sungkai memandangkan bas tidak masuk ke Kg.Perlok lama. Tempat menunggu bas ialah tempat pengumpulan susu getah di Felda Sg. Klah atau lebih tepatnya di simpang lama jalan hendak menuju ke Hots Spring..

Menurutnya lagi jalan dari Kg. Chegar Machang ke Felda Sg. Klah bukan seperti yang ada pada hari ini. Jalannya hanyalah denai kecil. Untuk tiba ke tempat menunggu bas tersebut agak jauh juga memandangkan mereka hanya berjalan kaki. Semoga ada usaha daripada pihak berwajib untuk membangunkan kawasan ini memandangkan betapa nostalgiknya dan signifikannya jambatan ini kepada penduduk setempat. Lambang penyatuan 2 komuniti yang dipisahkan oleh sungai Sungkai. Ibarat Penduduk Jerman barat dan Jerman timur yang dipisahkan oleh tembok Berlin. Dengan adanya jambatan tersebut maka bersatulah dua jiwa dua komuniti, dua seberang dan dua tebing……Jom kita pulihara warisan sejarah….

NASI LEMAK NOSTALGIA PEKAN SUNGKAI (NASI LEMAK MAKCIK MUN, NASI LEMAK JAMIL DAN NASI LEMAK SHARIFF LOBO)




* Gambar di atas adalah gambar warung nasi lemak Pak Cik Jamil...yang terletak di stesen bas mengundur Sungkai...

Nasi lemak merupakan makanan tradisi Malaysia yang sudah terkenal ke seantero dunia. Bahan asasnya ialah nasi lemak, telur dan sambal bilis. Sekitar tahun 80an dan 90 an tidak banyak kedai yang menjual nasi lemakyang sedap. Semasa zaman remaja keluarga aku sering membawa aku makan nasil lemak di sebuah kedai yang pada aku rasa nasi lemaknya amat sedap.

Terletak di Sungkai My Hometown iaitu kedai nasi lemak makcik mun. Kedainya kecil sahaja namun orang yang membeli sangat ramai. Terutamanya yang membeli secara bungkus. Bukan sahaja orang melayu tetapi orang cina, india dan sikh juga suka akan nasi lemak makcik mun. Hampir setiap minggu keluarga aku menjadi pelanggan setia makcik mun.

Selepas era kegemilangan makcik mun muncul pula nasi lemak jamil. Kedainya terletak di stesen bas mengundur Sungkai. Nasi lemak Jamil juga menjadi fenomena di pekan Sungkai. Semua bangsa membeli nasi lemak Jamil. Berita baiknya Nasi lemak jamil masih terus bertahan sehingga kini. Lambat sikit memang tak merasa. Kata Pakcik Jamil dia pernah berniaga di kantik SMK Sungkai selama 16 tahun kemudian berkantin di sebuah sekolah di Bidor sebelum beliau mengambil keputusan untuk membuka warung nasi lemak.

Pak cik Jamil memulakan warung nasi lemaknya sekitar tahun 1985 dan kekal sehingga kini di tapak yang sama. Kepada yang hendak merasa naasi lemak jamil datang ke stesen bas mengundur sungkai pada awal pagi…Lambat memang tak merasa. Nasi lemak yang seterusnya yang juga ramai pengikutnya ialah nasi lemah Shariff Lobo. Pakcik Shariff Lobo ni bekas askar British. Tapak perniagaannya berhampiran jalanraya sungkai ipoh juga berhampiran dengan stesen minyak petronas sungkai. Setiap hari ahad dia akan bernaiaga di pasar minggu sungkai.

Namun lama dah dia tidak membuka kedai kerana tidak berapa sihat…Setiap nasi lemak tersebut ada kekuatan tersendiri. Nasi lemak makcik mun, nasi lemak Jamil dan nasi lemak Shariff Lobo. Menurut seorang otai lama sungkai mereka ini mempunyai pertalian persaudaraan dan memperolehi resepi daripada orang yang sama iaitu opah mereka.

Kini ada banyak lagi nasi lemak lemak yang sedap..antaranya nasi lemak mek lokasisnya di jalan menghala nak ke market sungkai. Kalau dari sungkai selepas balai polis dan roundabout lihat sebelah kanan. Ada sebuah sahaja kedai disitu. Selain nasi lemak nasi kerabu dan nasi dagangnya juga sedap. Di kedai berhampiran pasar sungkai ada nasi lemak Kak Ju. Selain nasi lemak kedai Kak Ju adamenjual Capati yang superb rasanya.. Sederet dengan kedai kak ju ada nasi lemak janda…Mengapa di sebut nasi lemak janda ….he he Lu Fikir lah sendiri.

Nasri Abidin

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI (SK SUNGKAI)

Sekolah Kebangsaan Sungkai yang asalnya telah didirikan oleh penduduk kampung dalam tahun 1897 di Dususn Perotan di tepi Sungai Sungkai iaitu berhampiran dengan jambatan Lebuhraya Ipoh - Kuala Lumpur sekarang. Guru asalnya Cikgu Mohd Ali bin Retil berasal dari Melaka
Bebarapa tahun kemudian Kerajaan British telah membina sebuah sekolah berukuran 40" x 25" berdidndingkan tepas di Kampung Kelumpang (Sekarang Pekan Lama )
berhampiran dengan Masjid Sungkai sekarang. Cikgu Mohd Ali telah berpindah ke sekolah baru ini pada tahun 1902. Sekolah tersebut disebut Sekolah Ulu Sungkai kerana pada masa itu Kampung Tiang Bertarah yang terletak di hilir sungai Sungkai telah sedia ada. Antara murid-murid ketika itu ialah Tuan Hj. Hashim bin Hj. Abd Rahman, Encik Mohd Zain bin Ali dan Tuan Haji Abdul Rani bin Baduk.

Oleh kerana kawasan ini selalu ditenggelami oleh banjir , Pekan Sungkai yang terletak di kawasan (Pekan Lama) ini telah dipindahkan ke pekan sekarang (Pekan Sungkai sekarang). Kampung Kelumpang yang terletak di kawasan ini juga telah dipindahkan ke pekan Sungkai sekarang. Kampung Kelumpang diberi nama baru iaitu Kampung Pekan Lama. Sebuah bangunan sekolah yang baru telah dibina di Pekan Sungkai yang baru ini. Sekolah tersebut telah dibina dalam tahun 1929. Ia berukuran 90" X 24".

Dalam tahun 1930 murid-murid bersama Guru Besarnya Cikgu Syed Yaakob bin Syed Hassan telah berpindah ke bangunan baru ini. Sekolah tersebut disebut Sekolah Melayu Sungkai. Antara murid-murid yang ada ialah Tuan Haji adam bin Ahmad PJK (Pengerusi Lembaga pengurus), Tuan Haji Hashim bin Gera (Mantan Wakil Rakyat), Encik Ismail bin Zainuddin, Ustaz Abdul Rahman bin Hj. Hassan, Cikgu Aishah binti Mohd Ali dan Encik Abdul Rahman bin Hj. Wahid.

Sekolah di Pekan Lama ditinggalkan kosong sementara menanti Guru Besar perempuan. Dalam tahun 1931 sekolah lama ini dijadikan Sekolah Melayu Perempuan Sungkai. Guru Besar pertamanya ialah Cikgu Che` Wan.

Dalam tahun 1937 Kelas Tukang Kayu telah diadakan. Bahagian bawah bangunan sekolah telah digunakan untuk kelas ini. Cikgu Ishak merupakan guru yang mengajar pelajaran ini.

Disember 1941 hingga Februari 1942, bangunan sekolah ini telah dijadikan markas tentera Jepun. Pada awal 1942 murid-murid yang berhampiran telah belajar semula di Sekolah Melayu Perempuan. Guru-gurunya terdiri daripada anak-anak tempatan.

Bulan Mac 1942 murid-murid lelaki berpindah semula belajar di sekolah laki-laki Sungkai. Pada amnya di zaman pemerintahan Jepun pelajaran berjalan seperti biasa kecuali setiap pagi murid berbaris menyanyikan lagi `Kimigayo` iaitu lagu kebangsaan Jepun dan kemudian memberi hormat (Saikere) ke arah matahari terbit. Nyanyian lagu Jepun diajar setiap hari oleh tentera Jepun. Bahasa Jepun di ajar oleh Allahyarham Cikgu Mohd Saman. Pelajaran agama Islam diajar seperti biasa. . Gurunya Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Mohd Amin.

Dalam tahun 1946 setelah Kerajaan Inggeris memerintah semula, pelajaran berjalan seperti sediakala. Hanya pelajaran agama Islam dijalankan di sebelah petang di bawah pentadbiran Jabatan Agama Perak.

Pada tahun 1948, Tanah Melayu dalam keadaan darurat. Sebahagian tanah sekolah yang berbentuk serong telah dijadikan tempat penempatan penduduk pedalaman.

Tahun 1950 kelas darjah VI mula diadakan di sekolah ini. Pada tahun 1954 Jabatan Pelajaran Perak telah meletakkan seorang guru Pelawat di daerah ini bergelar Guru Pelawat Sungkai.

Dalam tahun 1957, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Umum Sungkai dan Kemudian di tukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungkai.

Artikel di petik daripada buku cenderahati perasmian bangunan baru SK Sungkai..pada 13/11/1986 - Gambar SK Sungkai 1963 dan Bahan Artikal sumbangan Abang Salim Zainal (Otai Sungkai) dan ditaip semula daripada naskhah asal oleh Nasri bin Abidin.

LAGENDA PUTERI BUIH...BUMI SUNGKAI BUMI PUTERI BUIH

Puteri buih dikatankan seorang yang cantik rupawan mungkin ala-ala nora danish atau Maya karin atau sapa-sapa je lah....Kita kena mengetahui siapa ibu dan bapa puteri buih...Bagimana bapanya datang ke Sungke...bak kata orang Perak apa cekihnya datang ke Sungke...atau dengan bahasa lebih kuat penekanan daripada sudut qlaqalahnya...Buat peronjang ape dia datang ke Sungke....dan apa istimewanya Sungke....

Bapa kepada Puteri buih ni merupakan seorang Laksamana dalam negeri Perak...(namun ada yang mengatakan puteri buih hanya anak angkat kepada Laksamana). Beliau merupakan pembantu sultan Perak yang amat setia....ada riwayat menyatakan namanya Laksamana Noratiqah (macam nama perempuan) ada juga yang menamakannya Laksamana Hj Sulaiman, Muhammad Amin atau Hj Hussain ...Ada juga menyebutnya Laksamana Tok Raja Tua...Namun berdasarkan catatan Merah Silu menyatakan Laksamana dan Tok Raja Tua merupakan otrang yang berlainan. Menurut sejarah beliau adalah pembantu kepada Sultan Abdullah yang sama-sama merancang pembunuhan J.W.W.W Birch.

Selepas Sultan Abdullah dan orang-orangnya ditangkap oleh pihak British terdapat gerakan besar-besaran memburu pembesar-pembesar lain....Laksama bersama 5 orang kepercayaan telah melarikan diri melalui sungai Perak...masuk ke Teluk Intan..terus ke Sungai Bidor dan masuk ke Sungai Sungkai dan terus ke Laut Tawar (Sebahagian Felcra Changkat Sulaiman dan Sungkai).....Pada mulanya beliau tidak bercadang untuk tinggal di situ...Sebenarnya ramai lagi pembesar perak yang lari ke 7 tempat berasingan ada yang ke Slim river, Gemuruh dan Tiang bertarah dan lain-lain tempat.

Setelah mengarahkan 5 orang kepercayaannya memastikan tidak ada perkampungan di situ maka beliau mengambil keputusan untuk mendirikan petempatan di situ...tambahan kawasannya pulak yang strategik dan subur... Disitulah letaknya Kg. Tiang bertarah yang asal (3 km daripada kg tiang bertarah sekarang).....(Kg tiang bertarah sekarang wujud selepas penaklukan Jepun.....)....Setelah dijadikan penempatan disitu maka semakin ramai yang berhijrah ke situ.... Siapa Puteri buih…..ada dua versi cerita sama ada dia anak angkat atau anak kepada Laksamana....Peace yo.....

PUTERI BUIH SEBAGAI ANAK LAKSAMANA

Laksama dan isteri telah lama mengidamkan seorang anak....Maka beliau telah berdoa kepada tuhan dengan mengatakan beliau akan menerima sahaja apa yang bakal dikurniakan hatta anak tersebut cacat atau kelihatan seperti haiwan...dengan takdir tuhan isterinya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan yang bahagian pinggang hingga ke atas seperti manusia dan pinggang ke kaki seperti seekor kera....

Disebabkan sifat anak separuh manusia dan separuh haiwan maka anak tersebut telah dibesarkan disatu rumah yang lain....Maka membesarlah anak tersebut sebagai seorang yang sangat rupawan....Pada suatu hari si anak terdengar kata-kata laksamana bahawa orang-orang kampung menghina dan mengata anak tersebut yang menyebabkan anak tersebut membawa diri ke dalam hutan dan berkahwin dengan putera bunian....
Hasil perkahwinan dengan putera bunian mereka dikurniakan anak perempuan yang comel dan cukup sifatnya sebagai seorang manusia yang normal....Beliau terasa sangat gembira sehingga ingin membawa anak tersebut pulang ke kampung untuk di tunjukkan kepada keluarganya...Malangnya sekali lagi beliau dihina oleh orang kampung dengan membawa anak tanpa bapa....(Bapanya ttidak dapat dilihat kerana ghaib).....

Lalu si suami dan isteri meletakkan anak tersebut ke dalam sebuah bekas dan dihanyutkan ke laut tawar.....Kebetulan yang menjumpai anak tersebut ialah isteri laksamana dalam gumpalan buih di laut tawar.....ada versi yang mengatakan anak tersebut timbul bersama sebatang tiang yang cantik yang telah ditarah....ada juga mengatakan yang pada masa yang sama laksamana terjumpa sebilah keris di sepohon pokok dibahagian lain laut tawar.... Namun anak tersebut telah membesar menjadi seorang yang sangat rupawan dan akhirnya berkahwin dengan sultan Aceh..ada juga yang mengatakan berkahwin dengan Sultan Pahang dan satu versi lagi mengatakan beliau berkahwin dengan sultan Perak....
.
Ada versi lain pula menyebut yang puteri buih pernah berkahwin dengan orang biasa...tetapi setiap kali berkahwin semua suaminya meninggal....(sejauh mana kebenarannya wallah hu alam...)

PUTERI BUIH SEBAGAI ANAK ANGKAT

Puteri buih itu adalah anak angkat kepada laksamana noratikah(yg membuka tiang bertarah)puteri buih di jumpai oleh isteri laksamana noratikah ketika mengambil wudhuk di laut tawar iaitu sekarang tempat taersebut bernama felcra tiang bertarah...dan akhirnya beliau dipinang oleh sultan perak...namun disebabkan puteri buih ini anak bunian maka sultan perak terpaksa berunding dengan panglima hitam ( penguasa bunian)....
Setelah perbincangan diadakan antara pihak sultan dan Panglima Hitam maka 2 syarat telah ditetapkan untuk menghormati tempat datangnya Puteri Buih ini. 2 syarat tersebut ialah keturunan sultan tidak boleh minum air berpunca dari mukim Sungkai dan kedua tidak boleh memijak tanah di Sungkai tanpa beralaskan kain kuning.... namun tentang pantang larang ini pun ada banyak versi...nanti saya terangkan beberapa versi tentang pantang larang tersebut...Cerita tentang puteri buih ini mengandungi unsur lagenda dan mitos….tidak dapat dipastikan kebenaran ceritanya…namun berdasarkan sumber-sumber rujukan penulis ada juga dicampur adukkan dengan fakta sejarah….Sejauh mana kebenarannya yang Allah yang mengetahui....sekiranya ada fakta tambahan …anda boleh menambahnya berdasarkan dapatan dapatan yang lebih sohih…Asaalamualikum…

Mee Rebus Superb di Sungkai

Long-long time ago....di Sungkai ada mee rebus yang sedap...for me...rasanya memang rasa mee ...he he...maksudnya mee yang sedap rasanya...adunan kuah dan bumbunya....saling lengkap melengkapi sehingga meledakkan deria rasa yang mencapai puncak kenikmatan tidak terucap oleh kata kata....Aku memangginya Mee Rebus Kamal....sebab taukehnya nama Kamal

Otai otai sungkai pasti mengetahui...kelegendnan mee rebus tersebut...setiap kali ke warung ini...mee rebuslah pilihan utama...walaupun ada sedikit kontroversi tentang mee ini...namun aku tetap menyukainya...Kedai Kamal ni sentiasa penuh dengan orang semuanya dengan satu tujuan nak makan mee rebus...Memang Happening le satu ketika dulu....

Bentuk fizikal mee tersebut ialah seperti mee rebus yang di jual di hadapan kedai battery....yang sebaris dengan BSN. Namun darjah kesedapan rasanya tidak dapat menandingi kesedapan mee rebus kamal... ..kedai kamal ni dulunya terletak di sebelah kedai ghandi...dulu kedai ghandi ni lokasi klinik nazrin..

Gambar di bawah adalah lokasi kedai mee rebus kamal...tapi jangan pulak kome cari mee rebus tersebut...dah tak de...kedenya ada lagi....ni cerita dulu-dulu....peace yo


Nasri Abidin

ASANG LEGEND SUNGKAI

Kalau aku sebut kedai cina kepala besor di belakang stesen bas mengundur pasti ramai yang tahu. Kerana kedai menjual jajannya cukup happening semasa zaman aku kecil-kecil dahulu. Daripada zaman sekolah rendah hinggalah ke zaman sekolah menengah kerap benar aku berkunjung ke kedai Asang terutamanya sebelum pulang ke rumah dengan menaiki bas Mogah. Stesen Bas mengundur dengan Asang ibarat aur dengan tebing, ibarat gigi dan gusi..mungkin juga ibarat data dengan telefon yang sememangnya tidak boleh dipisahkan....Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain....ataupun macam apek dalam cerita Do Re Mi cakap...Loving Each Other....
Tidak kenal Asang maka bukanlah orang Sungkai namanya...he he. Pada satu hari sedang aku meronda di Taman Permai aku terserempak dengan Asang yang sedang berjogging. Aku pun cepat-cepat memberhentikan kereta terus membuka pintu dan meluru mendapatkan Asang. Seronok betul dapat jumpa Asang. Dapat juga aku mengimbau kenangan lama. Yang bestnya tu dia masih ingat pada aku mungkin disebabkan kerapnya muka aku muncul di kedai Asang.

Aku bertanya kepada Asang mengapa telaga dan surau di belakang kedai dia sudah tiada. Katanya ini semua disebabkan pertelingkahan orang atasan yang masing-masing nak tunjuk power. Kalau dulu sebelum naik bas untuk balik ke rumah aku tidak melepaskan peluang untuk mebasahkan muka dengan air telaga yang sangat sejuk dan nyaman. Ada baldi daripada logam yang diikat dengan tali panjang untuk kemudahan mencedok air disediakan di sisi telaga..Airnya banyak dan sejuk...

Hari ini lokasi kedai tersebut masih ada. Namun keadaan sekelilingnya turut lesu di mamah masa. Apabila aku bertanya tentang emaknya?. Asang kata sudah hampir 10 tahun emaknya mati. Kesian juga aku mendengar kisah Asang. Pada zaman kegemilangan kedai Asang emaknyalah yang sibuk di kedai tersebut. Asang dan mulut sama-sama sibuk. Mulut Asang cukup becok terutama apabila ramai budak-budak yang hendak membeli jajannya.

Namun setelah ibunya mati hilanglah tempat Asang bergantung...Kalau dulu terpancar di wajah emak Asang betapa sayangnya dia kepada Asang. Hari ini Asang berniaga membeli besi-besi buruk.....Asang yang aku kenal sejak zaman kanak-kanak sudah berumur hampir 54 tahun. Untuk mengekalkan kesihatannya Asang berjogging setiap hari. Aku salute pada Asang. Satu hari nanti aku hendak mengetea dengan Asang kerana banyak lagi kisah kisah lama yang hendak aku tanyakan pada Si Asang. Selain Bas Mogah, Stesen bas mengundur ,Balai Polis lama dan pekan Sungkai. Asang juga boleh diangkat sebagai Ikon Sungkai...he he...Asang oh Asang....Ahhh satu lagi...Asang ni masih bujang teruna tau....eh eh silap yang bujang confirm yang teruna tak pasti pulak aku....sesiapa yang berminat boleh le hantor resume.....

Nasri Abidin