Selepas banjir satu kajian mendapati bahawa banjir lumpur yang deras membawa bersama sisa sisa balak yang mengalir dari kawasan pembalakan di Banjaran Titiwangsa melalui air terjun Lata Pongsu sebelum menghampiri kampung-kampung sepanjang sungai sungkai.Banjir lumpur itu mengalir dari kampung ke kampung terbabit dalam masa lima jam bermula dari pukul 7 malam.
Antara Kampung-kampung yang terbabit ialah Perlok Lama, Kampung Perlok Baru, Kampung Guntung, Kampung Buluh Telor, Kampung Kuala Alah, Kampung Batu 51, Kampung Cegar Macang dan Kampung Pekan Lama.
Kabel bervoltan tinggi yang dipasang pada jambatan tersebut turut terputus, menyebabkan bekalan elektrik ke rumah pam air di Felda Sungai Klah yang membekalkan air untuk penduduk Sungkai, terputus.
Beberapa buah kampung terbabit terputus bekalan elektrik selama tiga jam, manakala sebuah pusat rekreasi dan bina insane Nurnikman telah terputus hubungan setelah jambatan kecil di Lata Pongsu roboh sama sekali.
Namun kejadian banjir besar ini bukan kali pertama melanda Sungkai . Ia pernah berlaku pada tahun 1986..arus sungai membawa bersama bongkah-bonkah batu besar yang mengorbankan ramai penduduk asli di Jernang. 1989 sekali lagi beanjir besar berlaku di sungkai yang membawa bersamanya lumpur hitam. Banjir pada tahun 2000 pula membawa bongkah kayu balak yang besar. Puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah pembalakan halal dan juga haram yang berlaku di hulu Sungkai.
Penebangan hutan di kawasan cerun bukit menyebabkan kawasan tersebut menjadi gondol. Kawasan ini akan terdedah kepada hakisan. Permukaan tanih akan terhakis dan dibawa ke sungai yang berhampiran. Seterusnya tanih ini akan mendap di dasar sungai, terutamnya di kawasan hilir. Dasar sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai akan menampung air yang banyak. Air yang berlebihan ini akan melimpah ke kawasan sekitarnya lalu menyebabkan banjir.
Aktiviti pembalakan di Gunung Prah, bersempadan antara Perak dan Pahang penyumbang utama kepada masalah banjir ini.. Terdapat tiga kawasan balak yang besar iaitu di Sungai Lemit (200 hektar), Sungai Sat (80 hektar) dan Sungai Tikus (120 hektar) Sungai Pachik (400 hektar) dan kawasan baru dibuka ialah di Sungai Tibor.
Dari atas gunung kawasan itu terdapat beberapa batang anak sungai iaitu Sungai Prah dan Sungai Lemit yang mengalir ke Sungai Sungkai. Tanah runtuh di Sungai Prah berhampiran sempadan Perak-Pahang diikuti di Sungai Lemit dan Sungai Rayu akibat pembalakan tidak terkawal adalah punca banjir. Apabila berlaku hujan lebat ia menyebabkan limpahan air yang besar membawa bersama bongkah-bongkah balak besar masuk ke dalam sungai Sungkai.
Menurut beberapa saksi di tempat kejadian beberapa buah rumah ditenggelami banjir lumpur hingga ke paras bumbung namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Turut dibanjiri lumpur ialah Masjid Sungkai, Surau Cikgu Mat Enggik selain dua buah jambatan kecil di Lata Pongsu dan Kampung Perlok Lama yang runtuh dihentam arus deras banjir lumpur tersebut.
Beberapa keluarga yang sebelum ini bergantung hidup kepada hasil tangkapan ikan di Sungai Sungkai terputus sumber rezeki,. Lumpur sedalam lebih lima kaki telah memusnahkan sama sekali habitat ikan di Sungai Sungkai dan air sungai menjadi masam selain pemusnahan rumpai tidak memungkinkan benih ikan membiak untuk satu jangka masa yang lama.Sebilangan penduduk Orang Asli di Pos Jernang mengadu tiada lagi sumber makanan, kerana tanaman ubi kayu di tebing sungai telah musnah akibat banjir tersebut.
Mujurlah Jambatan Sungkai masih mampu menahan menahan aliran beribu-ribu tan sisa balak. Keesokan harinya didapati timbunan sisa balak saujana mata memandang terhampar jauh ke hulu jambatan Sungkai berhampiran tol Sungkai. Pada pagi itu air Sungai sungkai tidak kelihatan. Yang ada hanyalah timbunan sisa balak yang tersangkut di jambatan sungai sungkai.
Namun ada misteri dan sisi lain tentang banjir besar yang menyelubungi bumi sungkai selepas banjir apabila ada penduduk yang mendapati ada laluan ular yang besar dan panjang mudik ke sungai di belakang rumah arwah Lebai Desa . Ada yang mengatakan bahawa naga (ular besar yang habis bertapa) mudik ke hilir. Sejauh mana kebanarannya wallah hu alam….Assalamualikum…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan