Bebarapa tahun kemudian Kerajaan British telah membina sebuah sekolah berukuran 40" x 25" berdidndingkan tepas di Kampung Kelumpang (Sekarang Pekan Lama )
berhampiran dengan Masjid Sungkai sekarang. Cikgu Mohd Ali telah berpindah ke sekolah baru ini pada tahun 1902. Sekolah tersebut disebut Sekolah Ulu Sungkai kerana pada masa itu Kampung Tiang Bertarah yang terletak di hilir sungai Sungkai telah sedia ada. Antara murid-murid ketika itu ialah Tuan Hj. Hashim bin Hj. Abd Rahman, Encik Mohd Zain bin Ali dan Tuan Haji Abdul Rani bin Baduk.
Oleh kerana kawasan ini selalu ditenggelami oleh banjir , Pekan Sungkai yang terletak di kawasan (Pekan Lama) ini telah dipindahkan ke pekan sekarang (Pekan Sungkai sekarang). Kampung Kelumpang yang terletak di kawasan ini juga telah dipindahkan ke pekan Sungkai sekarang. Kampung Kelumpang diberi nama baru iaitu Kampung Pekan Lama. Sebuah bangunan sekolah yang baru telah dibina di Pekan Sungkai yang baru ini. Sekolah tersebut telah dibina dalam tahun 1929. Ia berukuran 90" X 24".
Dalam tahun 1930 murid-murid bersama Guru Besarnya Cikgu Syed Yaakob bin Syed Hassan telah berpindah ke bangunan baru ini. Sekolah tersebut disebut Sekolah Melayu Sungkai. Antara murid-murid yang ada ialah Tuan Haji adam bin Ahmad PJK (Pengerusi Lembaga pengurus), Tuan Haji Hashim bin Gera (Mantan Wakil Rakyat), Encik Ismail bin Zainuddin, Ustaz Abdul Rahman bin Hj. Hassan, Cikgu Aishah binti Mohd Ali dan Encik Abdul Rahman bin Hj. Wahid.
Sekolah di Pekan Lama ditinggalkan kosong sementara menanti Guru Besar perempuan. Dalam tahun 1931 sekolah lama ini dijadikan Sekolah Melayu Perempuan Sungkai. Guru Besar pertamanya ialah Cikgu Che` Wan.
Dalam tahun 1937 Kelas Tukang Kayu telah diadakan. Bahagian bawah bangunan sekolah telah digunakan untuk kelas ini. Cikgu Ishak merupakan guru yang mengajar pelajaran ini.
Disember 1941 hingga Februari 1942, bangunan sekolah ini telah dijadikan markas tentera Jepun. Pada awal 1942 murid-murid yang berhampiran telah belajar semula di Sekolah Melayu Perempuan. Guru-gurunya terdiri daripada anak-anak tempatan.
Bulan Mac 1942 murid-murid lelaki berpindah semula belajar di sekolah laki-laki Sungkai. Pada amnya di zaman pemerintahan Jepun pelajaran berjalan seperti biasa kecuali setiap pagi murid berbaris menyanyikan lagi `Kimigayo` iaitu lagu kebangsaan Jepun dan kemudian memberi hormat (Saikere) ke arah matahari terbit. Nyanyian lagu Jepun diajar setiap hari oleh tentera Jepun. Bahasa Jepun di ajar oleh Allahyarham Cikgu Mohd Saman. Pelajaran agama Islam diajar seperti biasa. . Gurunya Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Mohd Amin.
Dalam tahun 1946 setelah Kerajaan Inggeris memerintah semula, pelajaran berjalan seperti sediakala. Hanya pelajaran agama Islam dijalankan di sebelah petang di bawah pentadbiran Jabatan Agama Perak.
Pada tahun 1948, Tanah Melayu dalam keadaan darurat. Sebahagian tanah sekolah yang berbentuk serong telah dijadikan tempat penempatan penduduk pedalaman.
Tahun 1950 kelas darjah VI mula diadakan di sekolah ini. Pada tahun 1954 Jabatan Pelajaran Perak telah meletakkan seorang guru Pelawat di daerah ini bergelar Guru Pelawat Sungkai.
Dalam tahun 1957, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Umum Sungkai dan Kemudian di tukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungkai.
Artikel di petik daripada buku cenderahati perasmian bangunan baru SK Sungkai..pada 13/11/1986 - Gambar SK Sungkai 1963 dan Bahan Artikal sumbangan Abang Salim Zainal (Otai Sungkai) dan ditaip semula daripada naskhah asal oleh Nasri bin Abidin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan