Isnin, 23 Mei 2016

SMK To` Kerma Setia @ SMK Sungkai....Alma Mater For All....

SMK Sungkai antara sekolah tertua di Daerah Batang Padang. Ada bebeberapa sumber yang menyatakan bahawa nama asalnya Sekolah Menengah Sungkai yang asal ialah SMK To` Kerma Setia sempena nama orang yang berpengaruh di Sungkai…. Penulis cuba mencari siapa To` Kerma Setia. Hanya ada satu nama To` Kerma Setia yang boleh dikaitkan dengan sejarah Sungkai. Dipercayai Salah silahnya bermula daripada panglima enggang@ngang. Panglima enggang@ngang ada dua anak iaitu Itam Telunjuk dan Tok Sungai Rumput (yang tinggal di kawasan berhampiran gunung besout ).

Tok Sungai Rumput pula mempunyai dua orang anak iaitu Tok Sulaiman (orang yang membuka Kg. Changkat Sulaiman ) dan Tok Karim @ Tok Karma. Daripada Tok Karim @ Tok Kurma inilah nama sekolah menengah tersebut dinamakan dengan nama SMK To` Kerma Setia. Namun tidak ada bukti bertulis yang mengesahkan perkara tersebut.. Sekiranya pembaca pembaca yang mempunyai bukti bertulis atau apa-apa sumber bukti yang lain tentang perkara ini..hubungilah pihak admin Sungkai My Home Town untuk perkongsian kita bersama....Mungkin juga ada To` Kerma setia yang lain...

Sejarah awal dan gagasan penubuhan Sekolah Menengah Sungkai bermula pada tahun 1965. Pada ketika itu belum wujud nama SMK Sungkai. Sejarahnya berakar umbi daripada Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani Bidor. Sekolah Menengah Rendah Bidor ditubuhkan sebagai cawangan kepada SMK Syeikh Abdul Ghani yang menumpang di bangunan SRJK Choong Hua Bidor dan bangunan Sekolah Kebangsaan Bidor dengan kapasiti pelajarnya seramai 211 orang. Pada tahun 1967 barulah Sekolah Menengah Sungkai ditibuhkan. Namun disebabkan masih belum mempunyai bangunan sendiri maka sekolah ini menumpang di SRJK ( C ) Khai Meng, Sungkai.

Terdapat 2 pendidikan aliran iaitu aliran melayu dan aliran Inggeris..Aliran melayu mempunyai 4 kelas iaitu 2 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2. Penyelia cawangan sekolah ini ialah Encik Chan Siak Chee dan tenaga pengajarnya terdiri daripada 21 orang guru. Encik Sathanandan menjadi guru besar sekolah ini pada tahun 1969. Pada masa yang sama sekolah induk di Bidor telah mendapat bangunan baru. Keseluruhan pelajarnya termasuk pelajar yang berada di Sungkai berjumlah 1104 orang dan mempunyai jumlah kelasnya juga meningkat kepada 30 buah kelas. Oleh kerana bilangan pelajar telah bertambah, maka pada tahun itu juga cawangan di Sungkai dipisahkan dari sekolah induk di Bidor. Sekolah baru ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sungkai yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai.

Pada tahun 1970, Sekolah Menengah Sungkai mempunyai bangunan sendiri iaitu di tapak yang ada sekarang. Encik Chan Siak Chee dilantik sebagai guru besar yang pertama. . Ketika itu, kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai terdiri daripada 23 orang tenaga pelajar, seorang pelayan dan seorang amah.

Dengan pembukaan pertambahan kawasan kawasan Felda di sekitar kawasan Sungkai menyebabkan jumlah pelajarnya semakin meningkat. Pada tahun 1974 sesi petang terpaksa diadakan di Sekolah Menengah Sungkai iaitu bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2. Kelas peralihan dan tingkatan 3 diadakan pada sesi pagi. Sekolah ini mempunyai 20 buah bilik darjah, dua buah makmal sains, dua buah bilik SRT, sebuah perpustakaan, satu blok bangunan Seri Perusahaan dan sebuah kantin. Buat pertama kalinya Temasya Olahraga diadakan pada tahun 1971 manakala Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama diadakan pada tahun 1979.

Pada tahun 1975 tingkatan 4 aliran Sastera di Sekolah Menengah Sungkai dimulakan dan pada tahun 1976 pelajar sekolah ini mula menduduki peperiksaan SPM. Pada tahun 1980, Encik Junus bin Wahid AMN.PPT (Mantan ADUN SLIM RIVER dan EXCO NEGERI PERAK) dilantik menjadi Pengetua sekolah ini. Beberapa buah bangunan baru lagi dibina bagi menampung keperluan pelajar yang semakin ramai di SMK Sungkai. Bangunan ini mengandungi dua buah makmal Sains dan lima buah bilik darjah. Pada tahun 1981, sebuah bangunan surau didirikan. Pada tahun itu juga majalah sekolah iaitu SUARA SETIA pertama kali menjadi tatapan warganya. pada tahun 1982 Tingkatan 4 aliran Sains pula ditubuhkan.

Encik Nordin bin Haji Arshad telah di lantik menjadi Pengetua sekolah ini pada tahun 1984. Pada tahun yang sama juga bangunan Blok E disiapkan dan bilik gerakan sekolah diwujudkan.. Mulai tahun 1984, Bilik Gerakan Sekolah diwujudkan. Tingkatan 6 pula diwujudkan pada tahun 1989. Sejajar dengan perkembangan teknologi ICT sebuah bangunan Makmal Komputer dibina dan mula beroperasi pada tahun 2002 dengan menempatkan 40 unit untuk pelajar, dua unit untuk guru dan seunit untuk server.

Terkini Sekolah Menengah Sungkai juga mempunyai dua blok bangunan asramanya yang tersendiri. Terdapat juga bangunan tambahan yang dibina yang menempatkan bangunan pentadbiran, blik guru dan kelas. Dengan peruntukan penambah baikan SMK Sungkai juga telah diperbaiki dan di cat semula. Buat pertama kalinya pada 11 April 2015 bertempat di Dewan Seri Sungkai (Dewan baru di Sungkai) telah diadakan Majlis Makan Malam Notalgia SMK Sungkai yang dianjurkan oleh Pihak sekolah dan pihak PIBG. Majlis ini bertujuan menambah tabung PIBG dan juga bertujuan menautkan kembali hubungan Alumni Sungkai yang telah terpisah berpuluh tahun.

Majis ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila semua tiket jualan meja habis dijual. Kehadiran Alumni SMK Sungkai daripada seluruh pelusuk negara menjadikan pertemuan tersebut sesuatu yang amat bermakna ke arah memacu kemajuan SMK Sungkai untuk masa hadapan….Sekolah Menengah Sungkai AlmaMater For All…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan