Isnin, 23 Mei 2016

NASI LEMAK NOSTALGIA PEKAN SUNGKAI (NASI LEMAK MAKCIK MUN, NASI LEMAK JAMIL DAN NASI LEMAK SHARIFF LOBO)




* Gambar di atas adalah gambar warung nasi lemak Pak Cik Jamil...yang terletak di stesen bas mengundur Sungkai...

Nasi lemak merupakan makanan tradisi Malaysia yang sudah terkenal ke seantero dunia. Bahan asasnya ialah nasi lemak, telur dan sambal bilis. Sekitar tahun 80an dan 90 an tidak banyak kedai yang menjual nasi lemakyang sedap. Semasa zaman remaja keluarga aku sering membawa aku makan nasil lemak di sebuah kedai yang pada aku rasa nasi lemaknya amat sedap.

Terletak di Sungkai My Hometown iaitu kedai nasi lemak makcik mun. Kedainya kecil sahaja namun orang yang membeli sangat ramai. Terutamanya yang membeli secara bungkus. Bukan sahaja orang melayu tetapi orang cina, india dan sikh juga suka akan nasi lemak makcik mun. Hampir setiap minggu keluarga aku menjadi pelanggan setia makcik mun.

Selepas era kegemilangan makcik mun muncul pula nasi lemak jamil. Kedainya terletak di stesen bas mengundur Sungkai. Nasi lemak Jamil juga menjadi fenomena di pekan Sungkai. Semua bangsa membeli nasi lemak Jamil. Berita baiknya Nasi lemak jamil masih terus bertahan sehingga kini. Lambat sikit memang tak merasa. Kata Pakcik Jamil dia pernah berniaga di kantik SMK Sungkai selama 16 tahun kemudian berkantin di sebuah sekolah di Bidor sebelum beliau mengambil keputusan untuk membuka warung nasi lemak.

Pak cik Jamil memulakan warung nasi lemaknya sekitar tahun 1985 dan kekal sehingga kini di tapak yang sama. Kepada yang hendak merasa naasi lemak jamil datang ke stesen bas mengundur sungkai pada awal pagi…Lambat memang tak merasa. Nasi lemak yang seterusnya yang juga ramai pengikutnya ialah nasi lemah Shariff Lobo. Pakcik Shariff Lobo ni bekas askar British. Tapak perniagaannya berhampiran jalanraya sungkai ipoh juga berhampiran dengan stesen minyak petronas sungkai. Setiap hari ahad dia akan bernaiaga di pasar minggu sungkai.

Namun lama dah dia tidak membuka kedai kerana tidak berapa sihat…Setiap nasi lemak tersebut ada kekuatan tersendiri. Nasi lemak makcik mun, nasi lemak Jamil dan nasi lemak Shariff Lobo. Menurut seorang otai lama sungkai mereka ini mempunyai pertalian persaudaraan dan memperolehi resepi daripada orang yang sama iaitu opah mereka.

Kini ada banyak lagi nasi lemak lemak yang sedap..antaranya nasi lemak mek lokasisnya di jalan menghala nak ke market sungkai. Kalau dari sungkai selepas balai polis dan roundabout lihat sebelah kanan. Ada sebuah sahaja kedai disitu. Selain nasi lemak nasi kerabu dan nasi dagangnya juga sedap. Di kedai berhampiran pasar sungkai ada nasi lemak Kak Ju. Selain nasi lemak kedai Kak Ju adamenjual Capati yang superb rasanya.. Sederet dengan kedai kak ju ada nasi lemak janda…Mengapa di sebut nasi lemak janda ….he he Lu Fikir lah sendiri.

Nasri Abidin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan