Isnin, 23 Mei 2016

Stesen Bas Mengundur

Untuk pengetahuan pembaca stesen bas sungkai agak unik kerana untuk parking bas, bas terpaksa mengundur. Setakat ini aku tidak jumpa stesen bas yang basnya akan mengundur apabila hendak memakir bas.. Stesen bas Sungkai merupakan destinasi terakhir bas dari Tapah dan Tanjong Malim. Kalau dari Tapah Bas Hup Yik lah yang memonopoli. Dulu kalau dari Tanjong Malim Bas Mogah lah yang memonopoli. Kini Mogah dah hilang gah. Kalau nak Ke Tanjong Malim, Slim River atau sekitar kawasan Gugusan Felda dah ada pulak bas Mara dan satu lagi bas kuning starcoach.

Semasa zaman aku kecil-kecil dahulu dulu kat belakang stesen bas ni ada surau dan ada telaga yang sejuk airnya. Dulu-dulu kalau cuaca terlampau panas boleh basuh muka. Mandi pun boleh di telaga tersebut. Di bahagian belakang stesen bas tu ada kedai pejabat stesen bas dan kedai cina kepala beso yang aku panggil Asang.
Kedai tersebut menjual jajan.(makanan ringan) kalau dulu kedai ini menjadi tumpuan orang yang akan membeli jajan sebelum nak naik bas dan menuju ke destinasi masing-masing . Ditepi stesen bas pula ada orang menjual air cedok dan jambu potong. Favourite aku air jagung. Sekarang dah tak de semua tu. Favourite driver bas aku nama Apok (aku rasa dah mati) konduktor dia nama giter (benggali, entah ada, entah tidak lagi)

Satu lagi zaman aku berumur 5-6 tahun kat tepi stesen bas tu ada kedai mamak royal. Kat situlah aku makan roti canai. Kalau bungkus kuah dia bubuh sekali macam roti banjir la, Bila sampai kat rumah kembang semuanya. Di bahagian belakang restoran royal ada bengkel cina yang menempa besi... di bahagian atas restoran royal...ada kedai gambir.... Masih segar diingatan kenangan terindah zaman dulu-dulu tentang Sungkai ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan