Isnin, 23 Mei 2016

JAMBATAN SUNGKAI KE SUNGAI KLAH

Anak jati Sungkai dan Felda Sg. Klah pasti mengetahui betapa signifikannya jambatan ini dengan kehidupan seharian mereka. Jambatan ini merupakan penghubung bagi penduduk Kampong Perlok Lama dan Felda Sg. Klah. Ia merintangi Sungai Sungkai daripada Perolok lama di sebelah Sungkai dan Kg. Chegar Machang di seberangnya dan jalannya terus menuju ke Felda Sg. Klah. Kalau anda biasa melayari Google Earth nama Kg. Chegar Machang tercatat di dalamnya sebagai penanda sempadan.

Orang Sungkai yang hendak ke Muara Tesong atau ke Sg. Klah Hot Spring biasanya akan menggunakan jambatan ini. Aku memang suka menggunakan jalan ni memandangkan terasa sungguh suasana kampongnya. Nyaman, sejuk dan di latari air sungai Sungkai menjadikan perjalanan tidak menjemukan dan sejuk mata memandang

Jambatan ni pernah runtuh semasa banjir besar pada 27 November 2000. Kabel bervoltan tinggi yang dipasang pada jambatan tersebut turut terputus, menyebabkan bekalan elektrik ke rumah pam air di Felda Sungai Klah yang membekalkan air untuk penduduk Sungkai, terputus.

Jambatan ini hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta dalam satu-satu masa. Apa pun jambatan ini ibarat nadi kehidupan yang menghubungkan dua komuniti setempat yang berkongsi kekayaan alam yang tidak ternilai harganya.Mungkin juga boleh di sebut sebagai jambatan penghubung sliaturrahim.

Tanpanya sudah pasti menjejaskan kegiatan ekonomi seharian masyarakat setempat. Betapa besarnya menfaat jambatan kecil ini kepada penduduk setempat. Harapan aku semoga pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk membina jambatan yang lebih besar memandangkan betapa pentingnya dan nostalgiknya jambatan ini kepada komuniti Sungkai.

Menurut salah seorang anak jati Kg Perlok Lama..pada .tahun 90-an sebelum jambatan yang ada pada hari ini jambatannya adalah jambatan gantung ,. Kawasan ini juga merupakan antara lokasi tempat perkelahan yang terkenal di Sungkai. Setiap hujung minggu ia menjadi tempat tumpuan penduduk setempat.

Ada yang datang membawa bekal bersama keluarga. Ada yang sekadar ingin bermandi manda dan mungkin juga ada yang ke sini disini untuk menacri jodoh dan akhirnya termeterailah ikatan janji antara teruna dan dara. Menurutnya lagi ada ramai orang yang berniaga di sekitar jambatan tersebut. Airnya yang dalam dan sesuai dijadikan tempat mandi manda. Tetapi kini dengan aktiviti pembalakan dihulu sungai sungkai menjadikan airnya semakin cetek. Aku dapat membayangkan betapa meriahnya kawasan ini satu masa dahulu. Mungkin boleh diusahakan untuk dibangunkan semula kawasan tersebut sebagai tempat perkelahan dan antara kawasan tarikan baru di Sungkai. Berdasarkan sejarh memang kawasan ini pernah menjadi tumpuan ramai satu ketika dahulu.

Menurut seorang lagi anak jati Kg. Perlok Lama sebelum adanya jambatan gantung penduduk Perlok Lama yang hendak ke seberang ke Kg Chegar Machang dank ke Felda Sg. Klah terpaksalah meranduk air sungai. Antara tujuannya meranduk air Sungai ialah untuk menaiki bas daripada Felda Sg. Klah ke pekan Sungkai memandangkan bas tidak masuk ke Kg.Perlok lama. Tempat menunggu bas ialah tempat pengumpulan susu getah di Felda Sg. Klah atau lebih tepatnya di simpang lama jalan hendak menuju ke Hots Spring..

Menurutnya lagi jalan dari Kg. Chegar Machang ke Felda Sg. Klah bukan seperti yang ada pada hari ini. Jalannya hanyalah denai kecil. Untuk tiba ke tempat menunggu bas tersebut agak jauh juga memandangkan mereka hanya berjalan kaki. Semoga ada usaha daripada pihak berwajib untuk membangunkan kawasan ini memandangkan betapa nostalgiknya dan signifikannya jambatan ini kepada penduduk setempat. Lambang penyatuan 2 komuniti yang dipisahkan oleh sungai Sungkai. Ibarat Penduduk Jerman barat dan Jerman timur yang dipisahkan oleh tembok Berlin. Dengan adanya jambatan tersebut maka bersatulah dua jiwa dua komuniti, dua seberang dan dua tebing……Jom kita pulihara warisan sejarah….

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan... Sungkai tanah airku... Bermulanya kisah bernama langkapuri semasa di jalankan sistem barter... Penuh kapal besar2 dpt masuk ke laut tawar... Airnya jernih dan deras namun ada pasang surutnya... Pulai belayar menjadi ukuran... Jika kehulu air sedang pasang dan jika ke hilir air sedang surut...
    Cuma kte nk mencelah sikit tentang kisah felda sg.kelah... Tuan kene rujuk org2 lama disana yg masih ada memegang sejarah asal... Jika ada lama dan pastilah ada yg baru... Jika dilihat di Sungkai ada tempat bernama kelah baru jalan menghala keslim dari Sungkai sebelum smpi ke simpang trolak... Ada 1 Kmpg bernama kampg kelah lama... Cuba fikir dimanakah kampg kelah lama? Hihihi... Dan mengapa felda sg.kelah diberi nama begitu? Jika kte cari nama sg.Kelah hanya ada di Kmpg kelah baru.. tpipelik kan felda sg.klah diberi nama sg. Kelah sempena nama ikan kelah... Mcm lawak pn ada... Kenapa x diberi nama Felda ikan kelah... Kenapa mesti felda sg kelah??? Disitu persoalannya yg menjadi sngt kontroversi...
    Kerana nama kelah ni ada didalam kitab2 bhuda lama. Atau dlm kitab2 Hindu lama... Yg mana dia kata kan kota kelah ada kolam air panas... Bknkan kah difelda sg kelah ada kolam air panas... Yg kononnya akar dari gunung berapi di renjani... Itu dlm kitab mereka yg mana dikatakan di kota kelah ini dahulu mempunyai 1 tamadun yg sngt maju yg mana menghasilkan besi2 yg berkualiti dan bnyk pedang2 yg dipakai di tanah arab adalah dari kota kelah yg mampu memutuskan ledang lain hihihi.. hebatkan tamadun Melayu purba... Huhuhu

    BalasPadam